Apa lagi ek? Okay senang cerita aku ceritakan pasal benda yg aku ingat jela ea. Hari Khamis, si Miot pulak tk datang. Jumaat pun sama. Hari Sabtu, bersamaan dengan 12 Febuari 2011, ada Larian Mahkota kan kan kan. Nak tahu aku dapat num ke berape? Num 1 beb, tapi kebelakanglah. Adalah satu part nie kononlah nak tunjuk terer, menyelit-nyelit tepi orang. Lepas tu aku pandang belakang nak suruh Shuhada cepat sikit. Bila pandang depan balik terlanggar budak India.
Hari Ahad bersamaan dengan 13 Febuari 2011, kat Danga City Mall, bowling timeeeee. Bolinglah sangat! Adah tk datang sebab dia kena teman mak dia. Pergi mana aku tk tahu. Yg ada rasa-rasanya AJ, Daniel, and sekutu-sekutunyalah. Diorang je yang main, aku dengan Nadya takkk. Kitorang ber-karoke, ambik yg 1 jam punya. Tengah syok memekak, tk alih-alih dah habis masa. Peh rasa sekejap gila. Lepastu keluar pergi jalan-jalan, makan. Kitorang makan kat mana ntah, lupe. Hehe. Aku melantak nasi lemak telur and cheese tart 4 pieces. Agak kenyanglah jugak. Cheese tart, favourite siak! Dah habis tu pergi survey survey barang. Then naik atas balik tengok diorang dah takde. Panic gila seh. Tanya diorang kat mana. Diorang nak balik dah. So tinggallah kitorang kat situ. Masa tengah jalan-jalan, Helda ternampak La Mia Bella. Butik kasut. Hhaha. High heels lagi. Lawa je kedai dia tapi semua kasut hundred and above. Senyum aku tengok. Helda dengan Nadya dah try banyak high heels kat situ. Aku je try sikit-sikit. Tinggi sangatlah. Tk best. Hehe. Cukuplah sampai sini-untuk Ahad punye je.
Isnin, Valentines Day a.k.a Naddy Yaya's birthday. Happy birthday my hottest friend. Wish you a happy life forever ^^ Dia celebrate kat Baskin Robbins, City Square. Ada Mike, Qila, Shuhada, Syamimi, Helda, AJ, Daniel, Takhir, Emal dan yang lain-lainlah ^^ Cake dia sedap. Hehe. Lepas habis makan, kemas meja apa sume, ada game. Game yg menyakitkan hati! Okay game dia macam nie :
- Birthday girl mainkan lagu
- Ada satu kotak ni, kitorang kena past kat orang sebelah
- Bila lagu tu berhenti, siapa yang pegang kotak tu kena pilih kertas kat dalam kotak tu
- Bagi kat birthday girl
- Birthday girl bacakan and ikut apa yg dalam kertas tu tulis
Okay benda ni aku kena dua kali. First, tk berapa challenge sangatlah. Just list my 3 favourite songs. Nak tahu apa ? Okay ni haa aku cakap :
- Just A Dream - Nelly
- Innocence - Avril Lavigne
- Love The Way You Lie - Eminem ft Rihanna
Diorang sibuk tanya lagi tu kenape aku suka lagu tu. Okay tiga-tiga aku cakap best. AJ menyampuk kata tk munasabah. Pedulik hape janji aku jawab. Hhahaha. Okay yg lagi satu, kena dancing. Fulamak reti pulak aku joget-joget nie. Hhaha. Okay aku kata kalau nak buat pape pun buatlah asalkan jangan joget. Nadya buat L kat dahi aku. So that's mean L for looser. But I said L for Loveee ^^ Okay selesai semua tu, pergi teman Emal makan. Kesian dia tk dapat makan cake sebab dia lambat. Hehe. So gerak sekali dengan Mike and Emal terus pergi tuition. Penat gilaaaa!
Harini, Rabu bersamaan dengan 16 Febuari 2011, balik sekolah pukul 4.30. Tahu tk sebab apa? Okay sebab aku ada class account.
Eh tk sedar sedar dah panjang aku menaip. Hebat!
Kalau tk nak baca sudah. Sape suruh kau baca?!