Followers


February 16, 2011

Jom dengar cerita aku yg bosan nie. Okay first, aku dah lupa apa yg terjadi kat skolaa. Haa inilah sebabnya kalau dah lama sangat tk post blog. Sampaikan semuanya dah lupa. Tapi adalah jugak yg aku ingat. Sengalkan? Hehe. Haritu, Rabu, Febuari 9, 2011, Iqa dah datang. Dia kata pak cik dia meninggal. Dia kata lagi, Isnin minggu lepas, 7 Febuari 2011, masa perhimpunan, masa nak angkat ikrar rukun negara, cikgu panggil dia. So dia tk sempat nak cakap kat kitorang. Okay tkpelah kalau macam tu, at least dia dah datang kankan.


Apa lagi ek? Okay senang cerita aku ceritakan pasal benda yg aku ingat jela ea. Hari Khamis, si Miot pulak tk datang. Jumaat pun sama. Hari Sabtu, bersamaan dengan 12 Febuari 2011, ada Larian Mahkota kan kan kan. Nak tahu aku dapat num ke berape? Num 1 beb, tapi kebelakanglah. Adalah satu part nie kononlah nak tunjuk terer, menyelit-nyelit tepi orang. Lepas tu aku pandang belakang nak suruh Shuhada cepat sikit. Bila pandang depan balik terlanggar budak India. Dua dua jatuh tergolek. Aiyaa malunya. Blushing pipi aku nie. Lutut kiri aku rasa nak bengkak. Tapi tahan jela. Lima belas minit kemudian, Nadya kat belakang. Fkirkan dah maju kedepan dah. Dia lari dengan Nikon dia tu. Hahahaha. Lepastu jadi macam nie, 'Miaa, pegangkan camera aku. Aku nak lari.' Wah semangatnya dia. Haha. Apa lagi bergambarlah. Tapi aku jela yang ambik gambar. Siape yg ada dalam gambar tu nasib eh XD Sakit tekak aku menjerit, tepuk tangan dalam dewan. Dahlah jauh dari Shuhada dengan Nadya. Lepas habis tu, kitorang pergi Jusco Bukit Indah dengan Shuhada, Nadya and Amir, adik Nadya. Kitorang survey baju, kasut, sumelah. Kat Takeshi, Two Nine Fashion. Sun Flower wajib masuk. Hhehehe. Lepas tu beli Potato Spring. Sedap siott. Ehem ehem Nadya nak ngurat sorang budak nie lah. Hehe. Nasib baik dapat.


Hari Ahad bersamaan dengan 13 Febuari 2011, kat Danga City Mall, bowling timeeeee. Bolinglah sangat! Adah tk datang sebab dia kena teman mak dia. Pergi mana aku tk tahu. Yg ada rasa-rasanya AJ, Daniel, and sekutu-sekutunyalah. Diorang je yang main, aku dengan Nadya takkk. Kitorang ber-karoke, ambik yg 1 jam punya. Tengah syok memekak, tk alih-alih dah habis masa. Peh rasa sekejap gila. Lepastu keluar pergi jalan-jalan, makan. Kitorang makan kat mana ntah, lupe. Hehe. Aku melantak nasi lemak telur and cheese tart 4 pieces. Agak kenyanglah jugak. Cheese tart, favourite siak! Dah habis tu pergi survey survey barang. Then naik atas balik tengok diorang dah takde. Panic gila seh. Tanya diorang kat mana. Diorang nak balik dah. So tinggallah kitorang kat situ. Masa tengah jalan-jalan, Helda ternampak La Mia Bella. Butik kasut. Hhaha. High heels lagi. Lawa je kedai dia tapi semua kasut hundred and above. Senyum aku tengok. Helda dengan Nadya dah try banyak high heels kat situ. Aku je try sikit-sikit. Tinggi sangatlah. Tk best. Hehe. Cukuplah sampai sini-untuk Ahad punye je.


Isnin, Valentines Day a.k.a Naddy Yaya's birthday. Happy birthday my hottest friend. Wish you a happy life forever ^^ Dia celebrate kat Baskin Robbins, City Square. Ada Mike, Qila, Shuhada, Syamimi, Helda, AJ, Daniel, Takhir, Emal dan yang lain-lainlah ^^ Cake dia sedap. Hehe. Lepas habis makan, kemas meja apa sume, ada game. Game yg menyakitkan hati! Okay game dia macam nie :


  • Birthday girl mainkan lagu
  • Ada satu kotak ni, kitorang kena past kat orang sebelah
  • Bila lagu tu berhenti, siapa yang pegang kotak tu kena pilih kertas kat dalam kotak tu
  • Bagi kat birthday girl
  • Birthday girl bacakan and ikut apa yg dalam kertas tu tulis


Okay benda ni aku kena dua kali. First, tk berapa challenge sangatlah. Just list my 3 favourite songs. Nak tahu apa ? Okay ni haa aku cakap :


  • Just A Dream - Nelly
  • Innocence - Avril Lavigne
  • Love The Way You Lie - Eminem ft Rihanna


Diorang sibuk tanya lagi tu kenape aku suka lagu tu. Okay tiga-tiga aku cakap best. AJ menyampuk kata tk munasabah. Pedulik hape janji aku jawab. Hhahaha. Okay yg lagi satu, kena dancing. Fulamak reti pulak aku joget-joget nie. Hhaha. Okay aku kata kalau nak buat pape pun buatlah asalkan jangan joget. Nadya buat L kat dahi aku. So that's mean L for looser. But I said L for Loveee ^^ Okay selesai semua tu, pergi teman Emal makan. Kesian dia tk dapat makan cake sebab dia lambat. Hehe. So gerak sekali dengan Mike and Emal terus pergi tuition. Penat gilaaaa! 


Harini, Rabu bersamaan dengan 16 Febuari 2011, balik sekolah pukul 4.30. Tahu tk sebab apa? Okay sebab aku ada class account. Aku yg paling last siap kerja cikgu. Itu pun cikgu suruh buat kat rumah sebab tk siap. Hhaha. Akaun actually senang but cuma pening saje. Kalau tk pening, boleh dapat A+ kan? 


Eh tk sedar sedar dah panjang aku menaip. Hebat!
Kalau tk nak baca sudah. Sape suruh kau baca?!

February 9, 2011

Sebab-sebab kenapa saya tak nak and tak boleh tukar handphone

  • Tak boleh nak belajar
  • Asyik dengar lagu and radio ajeeee
  • Ke hulu ke hilir dengar lagu kat earphone
  • Donlot lagu and gambar banyak banyak 
  • Texting ajee memanjang
  • Setiap hari kena charge phone sebab texting plus dengar lagu tak berhenti
  • Bil elektrik naik
  • Selalu bawak pergi sekolah
  • Kalau kena rampas, ibu tak nak ambik balik
  • Kalau result teruk, handphone ibu pegang. Sabtu Ahad aje boleh guna

Okay aku minat Nokia E5. End of this year beli sekali dengan D5000. Yeshhh tak sabarnyaaaaaa huhu. Okay kalau result aku bagus baru boleh beli. So kena study hard lah. Haha aku dah lah pemalas. Hmph

February 8, 2011

Happy birthday Harith. Happy long-lasting with Peah okayyy ^^

Birthday dia Peah yang cakapkan. Kalau tak, aku tak tahu hehe. Tadi dia masuk kelas aku slamber jeee. Tak tegur aku pulak tuh. Okay whatever. Haaa cakap pasal kelas, Atiqah dua hari dah tak datang. So aku sorang sorang jelah kat belakang. Bosan plus sedih. Aku tak tahu pun kenape dia tak datang. Semalam memang bosan gilaaa. But tadi tak. Okay just now Iqa message aku tanya Alli ada tanya pape pasal die tak. Haha itu pun nak tulis kat sini jugak. Okay sambung. Tadi tak bosan sebab ada Miot. Kitorang gila gila sikit harini. Sebenarnya harini kira macam hari rajin kelas kitorang sebab papan kenyataan kat belakang semuanya kelas aku konker. Form 1 punya dah tak tahu nak buat kat mana. Masa aku dengan Miott turun bawah nampak Puan Alli. Okay kitorang panggil Alli aje. Aku cakap pasal nie and dia kata, 'okay takpe. Nanti kamu tulis besar besar 4 Sains 4 kat atas biar budak petang tak boleh claim itu diorang yang buat'. Woww cikgu pun okayy but aku fikir cikgu marah sebab kitorang dah konker belakang enn. Miott cakap kat dia yang kelas kitorang macam Tadika. And dia kata nanti dia nak tengok. Lepas dah naik atas tuu kitorang termasuk Farhana, Ezza, Shahliza and Hazirah duduk dalam 1 group and cerita pasal ape ntah. And si Miott nie boleh buat lawak terlebih lawak sampai aku ketawa and keluar air mata. Okay dah nak keluar tapi tak kodd. Haha dia sibuk nak buat itu buat ini. Dia kata dia nak buat aircond kat belakang. Okay lukis lah. Nak suruh aku memang aku tak suka melukis. Dia kata ambik aircond kat rumah pegi photostat. Haaaa macamane aku tak gelak ? Haih dah lah dia punya ketawa tu dah buat aku gelak apa lagi lawak dia. Okay okay sudah. Masa BM cikgu takde so kitorang buat kerja masing masing. Masa PSV pulak, kitorang boleh merayau satu sekolah. Auwww my favourite. I mean round satu sekolah tu favourite aku. Aku tak minat PSV. Langsung tak. Sebab aku tak suka lukis, tak suka kaler. Sape suruh aku kaler dia punya habis dapat C lah kau nanti. Hahaa. Kitorang kena carik jalinan tampak. Masa tengah kaler tuu, pensil kaler tak habis habis pendek. So kitorang korek korek tinggal kontot pensil tuu. Itu lah yang dinamakan usaha. Tapi apa yang aku buat tak sehebat Miott punya. Aku main cincai cincai ajeee. Okay dah lah ini je. 

Actually sekarang kat cc. Tadi tengok hujan punya lah lebat. Then berhenti balik. And then Hadri kata hujan balik. Haaaaaaaaaa macamane lah nak balik nih. 

Sob sob

February 4, 2011

January 31, pergi swimming dengan Nasya, Wawa, Azira, Jannah Mahadi, Jana Rosli, Faiqah, Shukri, Huzay, Alep and lagi sorang sape haaaa aku dah lupa nama dia. Hehe sorry ea. Erm kitorang mandi kat Akasia. Of course lah kat Taman Tampoi Indah. Haaaaa apartment tu lah tempat Wawa stay situ. Okay korang mana tahu kan. Takpe takpe. Saje nak memanjangkan post aku nie. Kat situ Mike stay. Kalau ajak Qila tu mesti dia tak nak balik. Hahaha. Eh bayang kan lah kitorang mandi time tengah kesejukan. Masuk dalam air terus beku. Before that kitorang kena marah dengan pak guard kat situ. Dia kata guess tak boleh mandi. Haha. Agak teruk kott kitorang kena sembur. But no worries Wawa and abang dia back up kitorang. Then baru dapat mandi. Bila naik aje mulut aku biru habis. Aku orang first yang naik and salin baju dulu. Selalu nya aku lah orang yang paling last and liat sekali nak naik. Masa tu kan tengah kesejukan tak kan lah nak mandi lagi. Takut kena paru-paru berair aje. Hoho. Lepas naik teman Wawa pergi kedai. Dia bagi 10 ringgit. Kata dia itu duit Nasya. So aku belanja kan lah duit tu sampai habis. Just for Nasya only okay. And sampai aje apartment sana balik, baru wawa cakap yang Nasya suruh tinggalkan balance. Hoho terkejut aku. Tak tahu nak buat apa. And dorang macam nak blame aku. Haha tak kisah lah dah lepas. Aku dah okay dengan semua tuu. Balik mak aku carik aku. Okay good tak kena marah. Nasib baik.


February 1st, celebrate Daniel's birthday. Em celebrate kodd. Belanja dia, Qila and Jana makan kat KFC, Jusco Bukit Indah lepas kitorang main badminton. Nasya kena balik awal sebab takut ayah dia marah. And ada lah jugak shopping jalan jalan. Jana and Qila beli ayam favourite aku. Fuhh tak dapat mintak pun haritu. Macamane aku boleh tak perasan. Okay whatever.


February 2nd, yawwwwwww CS timeeeeeeee, movie timeeeeeeee. Hang dengan Nasya, Nadya, adik dia and Freddy. Mike pun adaa tapi dia teman aku tengok wayang aje. Actually Daniel pun ada jugak. Cuma dia dengan kitorang time nak pergi aje. Okay kitorang tengok The Green Hornet. Haaaaa best and funny. Habis tu Nasya nak beli novel. Err dia beli Akan Ku Tunggu. Tengok macam best. Tapi tak dapat baca lah sebab dia dah konker. Haha. Balik dah nak dekat Maghrib. Itu pun stay rumah Nasya dulu. Then pergi makan kat SA. Then, my mum called me. Aku angkat and cakap kitorang kat mamak. Mak aku tengking aku suruh balik sekarang jugak. Kelam kabut makan. Nasib baik mak aku tak marah. Ish internet buat hal. So sekarang kat cc. Sorry rarely online. Kalau internet dah okay baru sy online ea. 
Back to top